
KAEDAH MENGAJAR
Di sini disenaraikan kaedah mengajar sebagai panduan untuk para guru.
-
Bimbing pelajar MEMBACA SECARA BERTAJWID bukan mengajar tajwid.
-
Mengajar membaca dengan kadar kelajuan Tahqiq iaitu baca dengan perlahan-lahan dan betul mengikut Riwayat Hafs .
-
Gunakan Kitab Al-Quran Rasm Uthmani sebagai rujukan.
-
Galakkan pelajar berfikir. Contohnya “apa beza bacaan huruf Nun yang ada syaddah dengan huruf Ba yang ada syaddah?”
-
Pastikan pelajar telah menguasai sesuatu bab sebelum belajar bab yang lain.
-
Masukkan elemen teknologi dan kecindan supaya suasana pembelajaran lebih menarik dan ceria.
-
Selalu beri pujian ( bagus, pandai, sedap bunyi) dan motivasi kepada pelajar seperti ceritakan ganjaran pahala yang akan diperoleh daripada membaca Al-Quran.
-
Setelah selesai menguasai semua bab dalam buku ini terus baca kitab Al-Quran.
